Skip to main content

Permotoran

ARRC: Darwisy Sahir mahu kekal momentum di Jepun selepas sambar podium di Litar Buriram

dsd

Naib juara kategori UB150, Ahmad Darwisy Sahir, mahu mengekalkan momentum dalam pusingan ketiga, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026 di Litar Montegi, Jepun, bulan depan.

Perkara itu susulan Darwisy mencipta sensasi tersendiri selepas menamatkan perlumbaan dalam kedudukan podium meskipun berada pada petak ketujuh dalam penghujung perlumbaan kategori UB150, di Buriram, minggu lalu.

Advertisement

"Tahun ini banyak berlatih serta kecergasan, aspek tahun ini letak sasaran tinggi terus. Peringkat awal sudah dapat momentum.

"Perlumbaan 1 saya sudah lihat bagaimana pelumba lain lakukan, jadi Perlumbaan 2 lakukan perkara sama kerana selokoh menuju ke garisan penamat agak dekat jadi terus sampai, tak perlu ambil angin, terus pecut," katanya.

 

 

 

Dia mempamerkan corak lebih matang dalam edisi kali ini selepas debut pertama pada musim lalu kurang memberansangkan.

"Di Jepun ini jika dilihat saya jatuh dalam kedua-dua perlumbaan, jadi saya sudah pelajari dengan senior. Pada awal kekalkan momentum dan paling penting dua lap terakhir untuk betul-betul fokus.


"Tahun ini sudah kenali corak pelumba semua bagaimana." tambahnya.

 

 

 

Must Watch Video