Skip to main content

Angkat Berat

'Apabila dengar dia kemalangan, dalam hati saya cuma harap dia selamat'

ff
Advertisement

'Impian Udin adalah ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028'

Ketua jurulatih angkat berat negara, Edmund Yeo, berkongsikan cerita mengenai impian menggunung yang sedang menjadi sasaran atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, sebaik mencipta kejayaan cemerlang di Sukan Komanwel Glasgow 2026 baru-baru ini.

Advertisement

Sayangnya, impian itu tidak akan berlaku, selepas kemalangan motosikal memaksa Hafizuddin atau lebih mesra disapa Udin terpaksa akur dengan ketentuan takdir, tangan kanannya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.

"Memang kami sasarkan dia layak ke Sukan Olimpik tahun depan, sudah buat persediaan buat dia. Kami terpaksa menerima hakikat, kita tidak boleh mengawal sepenuhnya apa yang kita rancang," katanya.

Advertisement

Rasa terkejut dan sedih menyelubungi Edmund sebaik menerima perkhabaran duka itu.

Wajah sugul Edmund sudah cukup untuk memberikan bayangan betapa dia sedih dengan apa yang berlaku kepada anak buahnya, namun dia tetap bersyukur nyawa Udin berjaya diselamatkan walaupun harga yang terpaksa di bayar terlalu mahal.

"Apabila dengar dia kemalangan, dalam hati saya cuma berharap dia selamat, itu sahaja dalam fikiran saya.

"Jangan ada yang lebih teruk daripada itu." tambahnya.

Badang negara itu terpaksa kehilangan tangan kanannya berikutan salur darah dan sistem saraf pada bahagian tersebut yang tercedera tidak lagi berfungsi.

Saranan itu dibuat bagi menyelamatkan nyawa atlet berusia 22 tahun itu.

Sebelum ini, dia dipercayai mengalami kecederaan serius ketika terbabas semasa menaiki motosikal, mengalami kecederaan termasuk patah tulang tangan kanan serta kecederaan pada bahu kanan dan kepala.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video