Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) meneruskan komitmen dalam memperkasa pembangunan sukan komuniti pekak dengan menganjurkan Majlis Anugerah Sukan Pekak Negara 2025 (ASPN 2025).
Majlis Anugerah Sukan Pekak Negara mula diperkenalkan tahun lalu sebagai acara penghargaan julung kali bagi mengiktiraf kecemerlangan atlet kurang upaya pendengaran di Malaysia.
Advertisement
Edisi pertama, Anugerah Sukan Pekak Negara 2024 -- anjuran MSDeaf dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) -- telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Februari 2025 di Kuala Lumpur.
Penganjuran ASPN bertujuan memberi apresiasi kepada atlet, jurulatih serta pihak berkaitan yang telah mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, selain menjadi pemangkin semangat dan motivasi untuk menghadapi kejohanan akan datang.
Justeru, Majlis Anugerah Sukan Pekak Negara 2025 dijadualkan berlangsung pada 29 Januari 2026 dalam usaha terus memperkukuh ekosistem sukan pekak serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap potensi atlet pekak negara.