Skip to main content

Bola Sepak

Angkat kaki? Status bintang JDT ini terus jadi tanda tanya, 4 kelab pasang niat

Teto

Tanda tanya mengenai status pemain import Johor Darul Ta'zim (JDT), Teto Martin, menjadi persoalan apabila difahamkan menjadi buruan empat pasukan tatkala khabar angin tonggak tersebut bakal angkat kaki semakin tersebar luas.

Sebelum ini tular laporan mengatakan penyerang berusia 24 tahun itu akan meninggalkan juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu dengan dakwaan merindui kampung halaman.

Lebih mencuri tumpuan, nombor jersi yang digunakan sebelum ini -- 20 -- telah menjadi milik pemain baharu iaitu Dani Bolt yang ditandatangani pada Isnin lalu.

Namun, kemas kini laman transfermarkt mengatakan bintang kelahiran Sepanyol itu masih memiliki baki kontrak bersama Harimau Selatan sehingga Jun tahun hadapan.

Wartawan dari Sepanyol turut dipercayai mendedahkan Cultural Leonesa berminat mendapatkan khidmat Teto Martin. Malah, tiga lagi kelab, turut dilaporkan mahu menawarkan perjanjian bagi mendapatkan keupayaan Teto Martin meskipun belum ada tawaran sah.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak walaupun spekulasi ini semakin hangat diperkatakan.

Fergus Tierney, Moussa Sidibe, Park Jun-heong, Raul Parra dan Heberty Fernandes antara yang sudah meninggalkan Stadium Sultan Ismail (SSI) sebelum musim bermula.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement