“Welcome to our family Ayah.. we are very happy for u."
Demikian titip menantu legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif, iaitu Efa Fatyha Fadzir yang menyambut kehadiran teman hidup baharu bapanya dengan tangan terbuka.
Semalam, tular bekas tonggak Harimau Malaya berusia 72 tahun itu mendirikan rumah tangganya bersama seorang wanita berusia awal 20-an.
Bagi Efa Fathya, kebahagian tidak mempunyai tempoh luput dan mereka sekeluarga meraikan pilihan hati bapanya.