Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Ini sasaran pingat kontinjen negara!

sumali

Kontinjen negara meletakkan sasaran enam pingat emas, tujuh perak dan 20 gangsa dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya bermula 19 September ini.

Sasaran keseluruhan 33 pingat itu diumumkan selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara hari ini.

Chef-de-Mission (CDM) kontinjen negara, Datuk Mohd Sumali Reduan, menyifatkan sasaran itu realistik berdasarkan prestasi semasa atlet dan beberapa sukan yang dilihat mampu menjadi penyumbang utama pingat emas, terutama skuasy dan sepak takraw.

Sasaran enam emas itu turut menyamai pencapaian Malaysia di Hangzhou 2022, manakala rekod terbaik negara dalam Sukan Asia ialah sembilan emas yang diraih dalam edisi di Guangzhou pada 2010.

"Bagi saya sasaran ini realistik berdasarkan prestasi dan pencapaian terkini," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Semua tahu ini adalah temasya yang besar, Sukan Asia bukan Sukan SEA, jadi sudah pasti cabarannya juga lebih besar.

"Kami juga berharap ada emas bonus daripada sasaran ini kerana jika dilihat kepada sasaran yang ditetapkan, tujuh pingat perak dan 20 gangsa, jadi sudah pasti ada peluang untuk pingat perak itu bertukar kepada emas.

"Berdasarkan prestasi dan pencapaian terkini selain kekuatan pihak lawan, kami meletakkan sasaran ini selepas berbincang secara terperinci."

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement