Skip to main content

Sukan Lain

Anak legenda hoki negara mahu harumkan nama negara, butirkan pingat emas di peringkat Asia

sds

Bagaimana acuan begitulah kuihnya!

Anak kepada legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, turut tidak ketinggalan aktif dalam sukan dan mewakili Malaysia dalam cheerleading di peringkat Asia.

Meskipun baru berusia 13 tahun, namun kematangan yang dipamerkan Bella Isadora, menjadikannya kelihatan matang apabila bersama rakan yang lebih berusia.

Meskipun bukan dalam sukan yang sama, namun inspirasi dan dorongan jitu daripada ayahnya membutirkan semangat dan prinsip perjuangan yang sama untuk menjadi juara.

"Rasa takut dan gementar sebelum beraksi, tetapi selepas itu rasa lebih baik dan saya boleh lakukan lebih baik. Ayah bagitahu supaya nikmati sahaja.

"Saya mahu beraksi di Kejohanan Asia nanti dan mahu menang emas, saya mahu buat negara saya bangga," katanya.

Bagi Mirnawan pula, dia sudah melihat minat anaknya sejak kecil lagi dan sentiasa menjadi tulang belakang kerana ingin melihat Bella berada di puncak sukan yang diceburinya.

"Anak saya sudah terlibat sejak dia darjah satu, sekarang sudah tingkatan satu dan saya serta isteri memberikan sokongan moral untuk dia terus dalam cheerleading ini." tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video