Tuan rumah, Maghribi, menamatkan saingan Kumpulan A, Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Zambia di Stadium Prince Moulay Abdellah, Rabat awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Walid Regragui itu beraksi di depan 16,000 penyokong sendiri dan ia jelas membantu The Atlas Lions untuk membuka jaringan menerusi tandukan Ayoub El Kaabi seawal minit kesembilan.
Advertisement
Bintang Real Madrid, Brahim Diaz, kemudian meledakkan gol kedua untuk Maghribi selesa dengan kelebihan dua gol menuju ke bilik persalinan.
Lima minit selepas perlawanan bersambung, El Kaabi sekali lagi melakukan impak segera untuk stadium berkenaan bergemuruh dengan penyudah akrobatiknya, yang disahkan dengan video bantuan pengadil (VAR).
Keputusan itu menyaksikan Maghribi melangkah ke pusingan 16 selaku juara kumpulan dengan enam mata daripada tiga perlawanan dan akan disusuli pasukan kedua terbaik, Mali.
Bola Sepak,AFCON,Piala Negara-Negara Afrika,Maghribi,Zambia,