Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

AFCON: Salah muncul wira Mesir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Salah

MESIR 2 ZIMBABWE 1

 

Advertisement

Mohamed Salah muncul wira Mesir dengan meledak gol dalam masa kecederaan untuk menyelamatkan Mesir daripada mengalami kejutan ketika membuka tirai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), awal pagi tadi.

Mesir bergelut ketika melakar kemenangan 2-1 ke atas Zimbabwe ketika memulakan kempen Kumpulan B itu.

Salah -- yang kembali mengetuai barisan 'The Pharaohs' selepas hampir sebulan -- merembat ke sudut bawah gawang untuk menyelamatkan juara tujuh kali itu daripada dimalukan menentang pasukan yang berada di kedudukan ke-129 dunia tersebut yang kental bertahan menerusi ketangkasan penjaga gol, Washington Arubi.

Prince Dube mengejutkan pasukan pilihan itu pada minit ke-20 apabila menyempurnakan hantaran lintang Emmanuel Jalai.

Mesir kemudian tersentak berikutan kecederaan Emam Ashour, sebelum Omar Marmoush menemui sentuhan penyudah dari sudut yang sukar pada minit ke-64 untuk menyamakan kedudukan kempen di Maghribi itu. 

Jaringan kemenangan Salah -- yang belum pernah mengecapi kejuaraan utama Afrika itu -- kemudian menghasilkan tiga mata buat Mesir sementara dalam satu lagi pertembungan Kumpulan B menyaksikan Afrika Selatan turut berhempas-pulas ketika mengetepikan Angola 2-1.

 

Must Watch Video