Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

AFCON: Pemain Zambia nyaris patah tengkuk rai jaringan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AFCON

MALI 1 ZAMBIA 1

Kegembiraan Patson Daka ketika menjaringkan gol penyamaan ketika Zambia mengikat Mali pada minit ke-92 dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di Stade Mohamed, awal pagi tadi.

Advertisement

Penyerang Leicester City berusia 27 tahun itu melakukan pendaratan kurang sempurna dengan kepalanya terhentak di atas padang ketika meraikan jaringannya di penjuru gelanggang.

Dalam perlawanan dramatik itu, sepakan penalti El Bilal Toure dalam separuh masa pertama  diselamatkan oleh penjaga Zambia, Willard Mwanza, sebelum penyerang Auxerre tersebut akhirnya membuka jaringan untuk Les Aigles pada minit ke-61.

Namun, Zambia, yang mengasak hebat menemui jaringan penyamaan menerusi tandukan Daka dan dia meraikan jaringannya dengan gaya akrobatik sambil rakan sepasukannya meluru ke arahnya dengan gembira.

Namun, dia tersilap langkah yang boleh mencederakan tengkuknya hingga mencetuskan kebimbangan ramai ketika itu dan mujur dia tidak mengalami sebarang kecelakaan. 

Must Watch Video