Skip to main content

Sukan SEA

AFC mungkin bertindak selepas CAS --Azzuddin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FAM

Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, tidak terkejut dengan tindakan terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang membatalkan keputusan tiga perlawanan persahabatan membabitkan Harimau Malaya sebelum ini.

Ujarnya, keputusan terbaru daripada badan induk bola sepak dunia itu boleh dianggap sebagai isyarat bahawa hukuman lebih berat menanti FAM termasuklah penggantungan selain tindakan susulan pemotongan mata kempen kelayakan Piala Asia 2027 di bawah bidang kuasa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Advertisement

"FAM perlu bersiap sedia dengan halangan AFC.

"Kalau perlawanan persahabatan pun FIFA boleh ambil tindakan dan pemain sama diturunkan dalam kejohanan, jadi tunggu masa sahaja lagi.

"Saya percaya tindakan AFC akan datang selepas kes CAS.

"Mungkin lebih teruk kerana Timor-Leste mengaku salah dari peringkat awal," katanya.

Azzuddin yang kali terakhir berkhidmat di Kelana Jaya pada 2013 turut melihat keputusan FAM meneruskan kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebagai tindakan berani meskipun sedar peluang untuk memenangi kes tersebut adalah tipis.

Must Watch Video