Skip to main content

Bola Sepak

"Ada orang ketiga, keempat masih belum dikenalpasti beri mereka nasihat jadi pemain Malaysia'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hm

Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli, menekankan kepada pemain bola sepak negara agar pentingnya sifat sentiasa berwaspada dalam menerima sebarang nasihat untuk mewakili sesebuah pasukan.

Perkara itu susulan bagi mengelak episod duka yang dialami tujuh pemain warisan negara yang diberikan penggantungan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kes pemalsuan dokumen.

Advertisement

Nik Erman menjelaskan perkara itu sebuah video yang tular di laman Youtube baru-baru ini, selain mengulas mengenai skandal pemalsuan dokumen membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Tindakan tujuh pemain ini dikritik oleh pihak rayuan, kerana mereka mengambil sifat tidak kisah, tidak endah.  Selepas digantung 12 bulan, dalam peringkat pertama mereka tidak bertanya, seperti mereka tidak kisah.

 

 

 

"Perkara itu tidak diterima baik oleh pihak rayuan, sebagai pemain pun tidak boleh mengambil pendirian ikut apa orang kata kerana itu adalah karier mereka.

"Sebagai pemain perlu terima nasihat daripada pihak yang betul, jika saya baca 'motivated decision' itu ada pihak ketiga, keempat masih belum dikenalpasti beri mereka nasihat untuk tandatangan jadi pemain Malaysia.

"Sebagai pemain perlu berhati-hati untuk menerima nasihat daripada orang yang tidak dikenali." katanya.

Pada 18 November lalu, FIFA menerbitkan dokumen alasan penuh berhubung keputusan Jawatankuasa Rayuan terhadap kes pemain warisan Malaysia, yang mendedahkan pegawai pentadbiran FAM dikenal pasti sebagai pihak yang mengubah dan memalsukan dokumen kelahiran tujuh pemain terbabit.

FIFA mendedahkan, FAM telah mengakui bahawa salinan sijil kelahiran yang dihantar ke FIFA adalah dokumen yang dipalsukan termasuk perubahan pada lokasi kelahiran datuk dan nenek pemain untuk mewujudkan hubungan keturunan dengan Malaysia.

Sehubungan itu, FIFA turut menegaskan, integriti pertandingan antarabangsa terjejas akibat tindakan itu.

Must Watch Video