Malaysia gagal mengulangi pencapaian terbaik apabila ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 lebur di tangan Jepun, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan dalam masa sebenar permainan di Stadium Hoki Antarabangsa Mohali, India, namun Negara Matahari Terbit itu lebih unggul 5-3 menerusi penalti shoot out.