Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Status bintang JDT merisaukan, jadi tanda tanya

Bergson
Advertisement

Masuk sebagai pemain gantian, jaringkan gol dan kemudian, keluar semula. Impak tujuh minit emas buat Bergson Da Silva.

Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim, Xisco Munoz, mengesahkan penyerang itu mengalami kecederaan memaksa dia dikeluarkan semula meskipun kembali meletakkan Harimau Selatan di hadapan menerusi tandukannya pada minit ke-62.

Advertisement

Ia, sekali gus menjadi tanda adakah tonggak kelahiran Brazil itu memerlukan tempoh pemulihan yang panjang atau bakal terlepas aksi seterusnya.

Status tersebut turut menjadi tanda tanya adakah bintang naturalisasi itu perlu melupakan panggilan Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bertemu China dan Yemen bulan hadapan.

Advertisement

Namun, dijangka tiada masalah apabila aksi seterusnya melibatkan juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu adalah pada 3 November menentang Jeonbuk, separuh akhir kedua Piala FA berdepan DPMM (8 November) dan 19 November iaitu Cong An Ha Noi (CAHN) dalam Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee.

Jadi, berkemungkinan besar tiada masalah buat Bergson sekiranya tidak mengalami kecederaan serius.

Perkembangan terkini menyaksikan dia akan menjalani imbasan MRI bagi mengetahui tahap sebenar kecederaan.

Kemasukan Bergson dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) semalam membantu JDT meraih kemenangan kedua menewaskan wakil Thailand, Port, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video