Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Sedih untuk pemain, perkara baik akan hadir nanti -- Jurulatih JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Munoz

Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, seperti tidak mempercayai bahawa dia dan anak buah tak berhasil memperoleh tiga mata penuh meskipun bermain di tempat sendiri.

Harimau Selatan gagal meraih kemenangan ke atas juara China, Shanghai Port, sebaliknya terpaksa berpuas hati dengan keputusan 0-0.

Advertisement

Ia, sekali gus menyaksikan juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu terlepas peluang untuk memperbaiki kedudukan, termasuk menempuh laluan berliku bagi terus menghidupkan misi ke pusingan seterusnya.

Munoz kelihatan sugul, tetapi tetap optimis dengan kemampuan para pemain menjelang perlawanan akan datang.

"Kadang-kadang, inilah perkara yang terjadi dalam bola sepak. Kami mengawal keseluruhan permainan tetapi gagal mendapatkan tiga mata penuh.

"Kami mempunyai banyak peluang terhidang. Saya sedih untuk pemain saya kerana saya mengetahui betapa kerasnya mereka berlatih untuk aksi ini.

"Kami perlu teruskan apa yang kami buat. Saya pasti sesuatu yang bagus akan hadir.

 

 

"Kami tidak mahu memikirkan tentang perkara yang belum pasti.

"Hujung minggu ini kami akan mengharungi final Piala FA bertemu Sabah," katanya.

Must Watch Video