Johor Darul Ta'zim (JDT) difahamkan bakal menerima habuan mencecah AS$1.7 juta (RM6.72 juta) selepas kejayaan di pentas Asia baru-baru ini.
Wakil tunggal negara yang mencipta rekod baru selepas mara ke pentas suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu menjadi kelab pertama dari Malaysia yang melangkah sejauh itu.
Advertisement
Menerusi perkongsian MakanBola, ganjaran lumayan itu diperoleh menerusi penyertaan di peringkat awal iaitu sebanyak AS$800,000 (RM3.16 juta), diikuti tiga kemenangan di peringkat Asia Timur ACLE untuk meraih tambahan AS$300,000 (RM1.2 juta).
Selepas mara ke pusingan 16 dan suku akhir pula menyaksikan skuad Harimau Selatan menerima AS$200,000 (RM790,000) dan AS$400,000 (RM1.6 juta) selepas mengesahkan slot ke suku akhir.
JDT akan terus bersaing di pentas ACLE bagi saingan musim depan selain Malaysia turut meraih satu lagi slot ACL2.
Untuk rekod, JDT menyumbangkan 21.500 mata buat MA Ranking selain Selangor yang menyumbangkan 2.667 mata menjadikan Malaysia mengumpul 12.083 mata untuk musim 2025/26.