Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal meneruskan kempen Kumpulan A, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berdepan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors, pada Selasa ini dengan kepulangan dua tonggak utama.
Perkara itu susulan kepulangan Joao Figueiredo dan Jon Irazabal yang boleh beraksi semula bermula bulan ini selepas berakhirnya hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kesalahan pemalsuan dokumen.
Dalam satu perkongsian di Facebook rasmi JDT, menyaksikan Figueiredo dan Irazabal antara pemain yang dibawa skuad Harimau Selatan.
Kepulangan itu semestinya bakal menambah pilihan buat Xisco Munoz di jentera hadapan JDT yang ketika ini berada di kedudukan keempat dalam carta ACLE dengan mengumpul tujuh mata selepas tiga perlawanan untuk meneruskan momentum kemenangan di pentas ACLE.
Untuk rekod, JDT mencipta sensasi dalam edisi lalu apabila menjadi wakil negara pertama mara ke pusingan suku akhir ACLE.
“Kepulangan mereka adalah sesuatu yang positif. Namun, kami perlu menguruskan mereka dengan baik kerana sudah lama tidak beraksi”, Xisco Munoz on Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang boleh beraksi semula bulan depan. 🔙🔥 @ASTROARENA https://t.co/XCccsEAmF4
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 28, 2026