Pemain tengah yang melakukan kesilapan, tapi penjaga gol yang tiada kaitan tiba-tiba dilayangkan kad kuning.
Apa kata Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)?
Perlawanan Kumpulan B Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) membabitkan Al-Jazira bertemu Gol Gohar diselubungi kontroversi panas susulan dakwaan pengadil berada dalam kondisi tidak normal sehingga memerlukan pertukaran pengadil pada separuh masa kedua.
Perkara itu mendapat perhatian orang ramai termasuk mencuri tumpuan media sosial mempersoal kredibiliti seorang pegawai perlawanan pada peringkat tertinggi kejohanan kelab di Asia.
Momen pelik terjadi pada minit ke-32. Susulan satu kekasaran terhadap Ali Asghar Ashouri oleh pemain tengah Al-Jazira, menyaksikan pengadil tengah, Hanna Hattab, tiba-tiba memberikan kad kuning kepada penjaga gol Al-Jazira, Ersin Destanoglu.
Permainan terhenti selama kira-kira empat minit, dan selepas berbincang dengan pegawai keempat, Hattab menarik semula kad kuning tersebut.
đšđâđđŠđ§ đđš đđđ đđđŠ đ©đš !!! đ Le match de lâAFC Champions League 2 (Ligue Europa asiatique) a dĂ» changer dâarbitre, aprĂšs que lâofficiel aurait Ă©tĂ© soupçonnĂ© dâĂȘtre sous lâemprise DE LâALCOOL ! đ± Lors du match entre Al Jazira đŠđȘ et Gol Gohar đźđ·. Lâarbitre syrien Hanna Hattab a Ă©tĂ© remplacĂ© Ă la mi-temps, et câest le quatriĂšme arbitre qui a dirigĂ© la seconde pĂ©riode. Tout aurait commencĂ© Ă la 32e minute, lors dâune action impliquant Ali Asghar Ashouri. AprĂšs une faute, lâarbitre avait « Ă©tonnamment » adressĂ© un carton jaune au gardien dâAl Jazira, Ersin DestanoÄlu. (IL ĂTAIT Ă LâOUEST) Le jeu a alors Ă©tĂ© interrompu pendant environ 4 minutes. AprĂšs avoir Ă©changĂ© avec le quatriĂšme arbitre, Hanna Hattab a finalement dĂ©cidĂ© dâannuler son carton. Ă la pause, lâentraĂźneur de Gol Gohar đźđ· a dĂ©clarĂ© au mĂ©dia iranien Varzesh3 que lâarbitre « nâĂ©tait pas dans son Ă©tat normal ». Il a expliquĂ© que son club avait informĂ© lâAFC et menacĂ© de ne pas reprendre la rencontre. Ă la suite de cet incident, lâarbitre a finalement Ă©tĂ© remplacĂ© et les joueurs de Gol Gohar sont revenus sur le terrain. Le club iranien AFFIRME que lâarbitre avait CONSOMMĂ de lâalcool ! (via @Eri1806) https://t.co/dVD9B6bnpv
â SPL đžđŠ (@ActuSPL) November 25, 2026
Barisan kejurulatihan Gol Gohar hairan dengan tindakan itu lalu menuntut AFC segera campur tangan dengan ugutan tidak mahu meneruskan permainan pada separuh masa kedua.
Selepas melewati fasa perbincangan, satu keputusan dibuat menyaksikan pengadil keempat menggalas tanggungjawab selaku pengadil tengah dan perlawanan kembali bersambung semula.
Ketua jurulatih Gol Gohar, Mehdi Rahmati mendakwa Hattab berada di bawah pengaruh alkohol pada sidang media selepas tamat aksi.
Dalam pertemuan tersebut, Al-Jazira berjaya meraih tiga mata menerusi kemenangan hasil jaringan tunggal Talisca.