Juara Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Abdilla Iyad, berhasrat menjadikan kejayaan dalam Kejohanan Angkat Berat Wilayah Persekutuan 2025 sebagai batu loncatan kepada musim 2026.
Iyad yang mengangkat beban 300kg secara keseluruhan -- selepas angkatan 130kg dalam snatch dan 170kg dalam clean & jerk -- berharap mamppu memperbaiki catatannya pada tahun hadapan, sekali gus merebut slot ke Sukan SEA Malaysia 2027.
Advertisement
"Saya akan perbaiki kekurangan tahun ini dan (misi) tahun depan adalah cuba melayakkan diri ke Sukan SEA di Malaysia," katanya.
Sementara itu, atlet yang masih segar dengan perak Sukan SEA Thailand, Erry Hidayat, mengharapkan lebih ramai atlet muda mampu mengekalkan ketekalan demi mengejar kelompok atlet senior.
"Atlet pelapis mampu mengangkat bebanan yang lebih berat jika diukur ketika kami sebaya.
"Nampaknya sukan angkat berat makin meningkat.
"Saya harap pelapis-pelapis ini mampu bersaing dalam temasya besar," katanya pula.