Skip to main content

Bola Sepak

7 warisan Harimau Malaya boleh tuntut pampasan daripada FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

SLAM

Tujuh pemain warisan negara boleh membuat tuntutan pampasan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika mereka berasa teraniaya dengan kemelut pemalsuan dokumen yang menjadi perhatian dunia.

Bagaimanapun, mereka terlebih dahulu perlu menjalani hukuman penggantungan 12 bulan yang telah diputuskan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisement

Presiden Persatuan Undang-Undang Sukan Malaysia (SLAM), Balbeer Singh, menegaskan sebarang tuntutan boleh dilakukan pemain terlibat, atas dasar kehilangan sumber pendapatan selama setahun.

"Rayuan terakhir masih ada iaitu di peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

"Selepas itu baru mereka boleh mengambil tindakan terhadap FAM," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Namun, penerangan badan induk dunia itu dalam keputusan bertulis sebelum ini, seperti menimbulkan rasa curiga ke atas bintang Harimau Malaya tersebut yang nampaknya 'terlalu tenang' dengan musibah telah menimpa mereka.

"Namun, perlu diingatkan bahawa pemain-pemain ini juga disabitkan oleh FIFA mengatakan mereka tidak meneliti kontrak yang telah ditandatangani.

"Dalam erti kata lain, mereka tak mengambil berat tentang proses ini.

"Semua ini akan menjadi bukti untuk dikemukakan nanti.

"Mungkin, mereka juga tidak akan mengambil tindakan.

"Saya rasa dalam perkara ini perlu mengadakan perbincangan di antara FAM dan para pemain. 
 

Must Watch Video