Skip to main content

Bola Sepak

2 kelab Liga Super jawab idea CEO Selangor

CEO

Demi Liga Malaysia, demi bola sepak tempatan, demi kelansungan pasukan.

Penang dan Negeri Sembilan menyambut baik pandangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon, mengenai penstrukturan bola sepak tempatan dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Advertisement

Terdahulu, menerusi laporan Nadi Arena dan Stadium Astro, Johan menegaskan perbincangan serius perlu dilakukan segera, khususnya mengambil kira keadaan kewangan majoriti pasukan yang semakin membimbangkan selain menyatakan kesediaan untuk menerima perubahan drastik dalam struktur bola sepak tempatan sekiranya pendekatan tersebut mampu memperbaiki keadaan semasa Liga-M yang kini berdepan pelbagai cabaran.

Menurutnya, jika perubahan yang dicadangkan memerlukan pengorbanan daripada setiap pasukan, Selangor tidak akan teragak-agak untuk memberikan kerjasama penuh.

Sebelum ini, pelbagai pandangan telah dilontarkan bagi memperbaiki mutu Liga-M termasuk cadangan yang mula mendapat perhatian termasuk kembali kepada format liga semi-pro serta penyelarasan bajet pasukan bagi memastikan persaingan lebih adil dan mampan.

Pengurus Besar Penang, Jeffrey Chew, bersetuju untuk semua pasukan terlibat duduk semeja membincangkan isu terkini dan bersedia menyumbang idea sebagai salah sebuah kelab yang bertanding dalam arena tempatan.

"Keutamaan harus diberikan kepada usaha membina liga yang lebih stabil, kompetitif dan berdaya komersial yang memberi manfaat kepada kelab, pemain serta penyokong," katanya.

Bagi Negeri Sembilan pula, kelab Hobin Jang Hobin itu juga bersuara demi kemeriahan bola sepak negara agar terus mendapat kegemilangan dan perhatian orang ramai.

"Sudah tiba masanya untuk semua pihak termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Liga Bolasepak Amatur (AFL), KPM dan kelab merentasi sempadan silo untuk membina ekosistem liga yang lebih stabil, kompetitif, dan mampan demi masa depan bola sepak negara," kata CEO Negeri Sembilan, Faliq Firdaus Muhammad Rom. 
 

Must Watch Video