Ini merupakan pingat emas pertama dalam sejarah buat e-sukan Malaysia dalam temasya itu.
Dan, acara itu juga adalah kali pertama dipertandingkan.
Taj Izrin Aiman Taj Madira menjadi penyumbang pingat emas kedua buat Kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya apabila menjuarai e-sukan Perlumbaan Gran Turismo 7 di Aichi Sky Expo Hall D, sebentar tadi.
Anak didik Alex Yoong itu berjaya mengumpul mata tertinggi menerusi tiga perlumbaan akhir menewaskan pelumba dari pencabar terdekat, Arab Saudi dan Korea Selatan.
🚨🚨🚨
GOLDDDDDDDDD medal for MALAYSIA 🇲🇾🥇
Selamba je Taj Izrin Aiman ‘kaki ayam’ di pentas tertinggi Asia & menyumbang emas ke-2 kontinjen negara di Sukan Asia 2026.
Alam nyata ✅
Alam maya ✅
THANK YOU Coach Alex Yoong ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜@ASTROARENA pic.twitter.com/sqLqU9ba4H— karlnunis (@_karlnunis) September 23, 2026
Taj Izrin pada awalnya menduduki tempat kedua pada perlumbaan satu dan dua untuk meraih 18 mata sebelum mendominasi perlumbaan tiga memecut laju untuk bergelar juara sulung e-sukan buat kem kebangsaan.
Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) menjanjikan RM20,000 kepada setiap pasukan e-sukan kebangsaan yang meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya kali ini.
Terdahulu, Adeola Fay Robert menjadi penyumbang emas pertama kontinjen negara melalui final karate kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 semalam.