Penyerang berprolifik Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, menyumbat hatrik ketika membantu kelabnya menewaskan Al-Khoolod 5-3 dalam saingan Saudi Pro League 2026/27 di Al-Awwal Park, awal pagi tadi.
Kapten Portugal berusia 41 tahun itu meledak dalam babak kedua perlawanan -minit ke-66, 72, 81- selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam babak pertama.
Turut meletakkan nama selaku penjaring buat Al-Nassr adalah Sadio Mane dan Angelo Gabriel.
3️⃣⭐️ Cristiano Ronaldo delivers the 67th hat-trick of his career… at 41 years old. 🇵🇹 985 career gosls. 9️⃣8️⃣5️⃣ https://t.co/geVWUZQXS9
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 29, 2026
Kemenangan itu meletakkan Al-Nassr di kedudukan kedua liga berkongsi 29 mata dengan pencabar utama, Al-Qadsiah.
Untuk rekod, Ronaldo ketika ini telah mengumpul 985 gol -15 gol menuju pemain pertama menjaringkan 1000 gol- dalam semua kejohanan sepanjang karier profesionalnya.