Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

12 penyokong Selangor didakwa di mahkamah, pembakar suar disambung reman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Drawbridge

Malang berganda buat beberapa penyokong Selangor ketika bertandang ke Terengganu bagi perlawanan Liga Super hujung minggu lalu apabila akan didakwa ke Mahkamah Majistret bagi pertuduhan memiliki dan menyalahgunakan dadah.

Ia, selepas mereka ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran berarak sambil membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke Jambatan Angkat sebelum menyalakan suar ketika berada di tengah jambatan tersebut.

Advertisement

Menurut akhbar tempatan, seramai 12 penyokong daripada kalangan UltraSel (Ultras Selangor) dihadapkan ke perbicaraan bagi pertuduhan berat megikut seksyen yang ditetapkan.

Laporan menyatakan individu-individu yang terlibat membawa jenis dadah dan berat yang berbeza.

Berita penuh berkenaan pertuduhan boleh baca di sini:

Sementara itu, sembilan lagi penyokong Gergasi Merah disambung reman atas kesalahan membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Mereka direman bagi membantu siasatan kes yang dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Must Watch Video