Skip to main content

Bola Sepak

11 hilang nyawa, 12 cedera tembakan ketika perlawanan bola sepak di Mexico

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Dunia

Insiden tembakan di padang yang terletak di tengah bandar raya Mexico hingga meragut nyawa 11 orang dan mencederakan 12 yang lain meningkatkan persoalan mengenai tahap keselamatan di negara salah satu penganjur Piala Dunia FIFA, Jun depan.

Datuk Bandar Salamanca, Cesar Prieto, berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan di platform media sosial bahawa lelaki bersenjata itu tiba di penghujung perlawanan bola sepak dan mula menembak.

Advertisement

Sepuluh orang maut di tempat kejadian dan seorang meninggal dunia kemudian di hospital, manakala seorang kanak-kanak antara yang tercedera.

Prieto berkata serangan itu adalah sebahagian daripada gelombang jenayah di bandar itu dan merayu bantuan mengawal keganasan daripada Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum.

Guanajuato ialah hab perindustrian yang berkembang maju dan menempatkan beberapa destinasi pelancongan popular, tetapi juga kekal sebagai negeri paling dahsyat di negara itu disebabkan oleh perang wilayah di antara geng jenayah tempatan, Santa Rosa de Lima dan Jalisco.

Kerajaan Mexico mengatakan kadar pembunuhan negara itu pada lalu adalah yang terendah sejak 2016 iaitu 17.5 pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk, walaupun penganalisis memberi amaran bahawa angka tersebut mungkin tidak sepenuhnya mencerminkan keganasan sebenar di negara tersebut. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video