Skip to main content

Sukan Lain

Zul Amirul terharu disantuni Yakeb

zul-amirul-sidi-abdullah.jpg
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) memperhebatkan lagi usaha untuk membantu bekas atlet negara yang memerlukan sumbangan dan bantuan.

Untuk musim kedua, Yakeb sekali lagi menjalin kerjasama dengan Astro Arena sambil melaksanakan misi utama iaitu menghulur bantuan kepada bekas atlet negara.

Untuk episod kedua ini, Pasukan Projek Ramadan Yakeb menyantuni rumah bekas perenang elit paralimpik negara, Zul Amirul Sidi Abdullah.

"Saya bergelar perenang paralimpik negara dari 2000 hingga 2017. 

"Sebagai seorang atlet, kami perlu ada matlamat untuk berjaya, jangan seperti hangat-hangat taik ayam. 





"Saya tidak menyerah kalah dengan mudah. Saya sentiasa menyasarkan untuk bawa balik pingat ketika bertanding di luar negara. 

"Terima kasih kepada Yakeb dan Astro kerana masih ingat saya. Kalau bukan atas usaha seperti ini, kami bagaikan dilupakan," kata Zul Amirul. 

"Dia pernah memenangi banyak pingat di antarabangsa. Ia harus ada dalam atlet sekarang ini. 

"Pada usia 52 tahun, dia masih bersemangat untuk melatih belia untuk ke peringkat lebih tinggi. Saya harap Majlis Sukan Negara memberinya peluang bertindak sebagai jurulatih atlet para," kata Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video