Perenang negara, Yeap Zheng Yang dari Selangor, mengakui persaingan sengit dengan Welson Sim membuatkan dirinya tercabar untuk mempamerkan prestasi lebih baik dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2017.
Zheng Yang layak ke saingan akhir acara 100 meter gaya bebas lelaki selepas mencatat masa 53.46 saat untuk berada di tempat ketujuh secara keseluruhan dalam peringkat saringan.
Pada hari pertama kejohanan, semalam, dia merangkul pingat perak dalam acara 400m gaya bebas dengan Welson mudah mengungguli acara itu untuk meraih emas.
Zheng Yang, yang belum pernah menyertai Sukan SEA, menyifatkan Welson adalah pencabar terdekatnya dalam mana-mana saingan dan mengharapkan emas mampu menjadi miliknya pada hari kedua kejohanan.
Selain Welson dan Zheng Yang, turut layak bagi acara itu adalah pemenang emas Sukan SEA 2009, Daniel Bego, dan Keith Lim dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijangka mampu mencipta kejutan dalam aksi final selepas mencatat masa kedua terpantas, iaitu 51.70 saat.
"Kami berlatih bersama-sama dan untuk itu, saya berharap kami saling memberi saingan dalam sesi latihan.
"Saya berharap kami mampu meningkatkan prestasi masing-masing menjelang Sukan SEA nanti," katanya.
Atlet lain yang turut layak ke final adalah perenang makin meningkat, Tiaa Faang Der dari Johor, yang bakal beraksi dalam final 400m rampaian individu lelaki, diikuti perenang muda dari Selangor, Koh Jia Yi, yang meraih tempat ketiga saringan 100m gaya bebas wanita.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai persembahan peserta lain, mungkin mereka sekadar berlumba untuk melayakkan diri ke final. Kita lihat bagaimana perlumbaan petang ini nanti.
"Lihatlah (Tiaa) Faang Der dan peserta lain, mereka pasti akan memberikan aksi terbaik hari ini," kata Welson.