Skip to main content

Sukan Lain

Zarif curi tumpuan, perlu lupakan sambutan Aidilfitri

zarif-syahir.jpg
Skuad memanah negara memulakan sesi latihan di Bukit Jalil selepas menamatkan program latihan khas di Kuala Terengganu selama dua minggu dengan kelibat pemanah muda, Mohd Zarif Syahir Zolkepeli, menjadi tumpuan ekoran kejayaannya terpilih ke Kejohanan Memanah Dunia di Belanda, 10 Jun ini.

Tiada sambutan Aidilfitri buat pemanah negara memandangkan mereka akan menjalani latihan pada 1 Syawal sebelum berlepas ke Belanda sehari kemudian.

Ia pasti memerlukan pengorbanan besar memandangkan kejohanan itu turut menawarkan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Skuad recurve lelaki dan wanita perlu sekurang-kurangnya ke suku akhir untuk mendapatkan slot automatik ke temasya itu.

Paling mengejutkan apabila Zarif merampas slot terakhir trio recurve negara selepas menewaskan pemanah senior, Haziq Kamaruddin, dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di Shanghai, China, minggu lalu yang juga merupakan sesi pemilihan terakhir buat skuad kebangsaan. 

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video