Setelah seminggu meletak jawatan selaku ketua jurulatih, Zani Lisa Mohamed, akhirnya kembali membimbing skuad petanque negara, semalam.
Zani sebelum ini melepaskan jawatan kerana kecewa tuntutan ganti rugi pendapatannya selama enam bulan selepas menjadi ketua jurulatih sepenuh masa ditolak oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada 5 April lalu.
Kemelut itu memaksa pihak Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) menjadi orang tengah sebelum formula penyelesaian berjaya dicapai, kelmarin.
Menurut Zani, dia bersyukur kerana Presiden PPM, Tan Sri Mohd Noor Abdul Rahim, sedia membayar separuh daripada jumlah tuntutannya.
"Apa yang Tan Sri (Mohd Noor) janjikan kepada saya itu, saya (rasa) tidak teraniaya. Ia dianggap sebagai satu pengorbanan untuk negara walaupun bukan mewah. Saya ada tanggungjawab," katanya.
Kepulangan semula Zani diterima positif oleh pemain negara yang menganggap ia keputusan tepat kerana Sukan SEA semakin hampir.
"Pada mulanya, semangat atlet agak menurunkan. Ini kerana dia (Zani) merupakan salah seorang daripada individu yang menaikkan sukan petanque negara.
"Kepulangannya melonjakkan semula semangat saya dan kawan-kawan dan suasana berubah menjadi ceria," kata Muhd Hafizuddin Mat Daud.