Skip to main content

Sukan Lain

Zamir Azman, Nur Andrina raja dan ratu pecut SOPMA 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sop.jpg
Muhammad Zamir Azman membuktikan dirinya perlu diberikan perhatian penuh apabila bergelar raja pecut pekak kebangsaan dalam temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2025 kali ini.

Zamir memadamkan catatan 11.56s (saat) yang dicipta Ali Uwais Redzuan dalam edisi lalu, dengan rekod baru 11.17s.

"Pada mulanya saya berasa kurang yakin dalam larian tadi tetapi saya tidak menjangkakan bergelar juara dan merangkul pingat," katanya.





Kembarnya, Muhammad Zumar Azman pula merekodkan catatan masa 11.30s dan berazam mengikut jejak abangnya itu serta  berhasrat menewaskannya dalam kejohanan akan datang. 

Dia berasakan perkara penting baginya adalah persiapan untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat dalam temasya Deaflympics nanti.

'Saya akan juga bersaing dengan pengalaman yang dimiliki Zamir," tambah Zumar.

Dalam pada itu, Nur Andrina Zainudin, melakar sensasi pada di Sarawak apabila dinobatkan ratu pecut pekak kebangsaan.

Lebih manis lagi, kejayaannya kali ini memecahkan rekod lamanya iaitu 14.40s dengan catatan baru 13.40s.

Kejayaan Andrina turut disertai dengan impiannya memperbaiki catatan masa kerana dia akan menjadi antara prospek meraih pingat pada kejohanan Deaflympics di Tokyo pada November ini.

"Saya berasa saya telah lakukan yang terbaik untuk pecah rekod, saya tidak jangka dapat pecahkan rekod selepas sekian lama." tambah andriana.
Running

Larian Bermula Di Sini

Capai prestasi terbaik dengan running shoes yang ringan & tahan lasak.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video