Skip to main content

Sukan Lain

Zainal harap KOM lantik jurulatih tempatan sebagai pengganti

zainal-abas.jpg
Selepas mencurahkan bakti selama lebih tiga tahun sebagai ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Zainal Abas berharap Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan memilih jurulatih tempatan sebagai penggantinya.

Bekas pengendali negara itu mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan peletakan jawatannya, kelmarin.
 
Ia kerana beliau mahu memberikan tumpuan penuh terhadap tugasnya selaku Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bagaimanapun, beliau berharap KOM akan memilih jurulatih tempatan sebagai penggantinya kerana Malaysia memiliki ramai jaguh tempatan yang berpotensi.

"Saya harap KOM akan memilih seorang jurulatih tempatan kerana kepercayaan itu harus diberikan kepada jurulatih tempatan untuk membimbing pasukan olahraga.

"Kalau kita lihat pada tahun 2014 dan 2015, kita memiliki jurulatih dari Australia tetapi hasilnya dalam Sukan SEA hanya tiga pingat emas," katanya.

Zainal turut menggesa KOM mengekalkan program latihan sedia ada kerana ia telah membuahkan hasil apabila memecahkan tiga rekod Sukan SEA.

"Apa yang peting adalah untuk mengekalkan sistem yang ada sekarang.

"Berdasarkan program yang ada sekarang, jurulatih akan merangka program-program tahunan, kemudian program-program mingguan yang perlu dilampirkan kepada ketua jurulatih atau penasihat teknikal yang ada.

"Ia bagi memantau keberkesanan program yang dilaksanakan," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video