Jurulatih olahraga negara, Zainal Abas, mahu merahsiakan senarai akhir barisan kuartet 100 meter lelaki negara yang akan membawa cabaran Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-30 Ogos ini.
Tidak seperti atlet 4x100m wanita yang mencipta sensasi, prestasi barisan lelaki masih lagi belum berada di tahap yang terbaik.
Walaupun dibarisi Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisyam Abdul Manap, Jonathan Nyepa dan Haikal Hanafi, Zainal berkata ia bukanlah barisan muktamad di mana dia masih membuka peluang buat pelari lain untuk disenaraikan dalam kuartet negara.
"Saya rasa tidak perlu mendedahkan nama kerana negara lain sedang memantau perkembangan atlet kita.
"Seperti Thailand dan Indonesia, mereka sentiasa memantau pencapaian atlet kita. Maka, lebih baik kami merahsiakan dahulu. Nama-nama tersebut akan diumumkan pada masa yang betul," katanya.
Antara nama yang disebut-sebut bakal mengisi barisan itu adalah Nixson Kennedy.
Atlet itu baru sahaja memperbaharui rekod peribadinya dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang, bulan lalu, dengan catatan masa 10.25s.
Kali terkahir Nixson mencatatkan masa peribadi terbaik adalah dua tahun lalu ketika Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di mana dia mencatat 10.50 saat.
"Saya sekarang sedang fokus dalam acara individu. Sekiranya tersenarai dalam skuad 4x100m memang saya bersyukur," kata Nixson.