Pemegang rekod 100 meter wanita kebangsaan, Zaidatul Husniah Zulkifli, kini bergelar pendidik
Baru sahaja melapor diri di Sekolah Sukan Bukit Jalil, ratu pecut negara itu berkata dia dapat membiasakan diri dengan keadaan semasanya walaupun sedikit keletihan.
Seiring dengan kembalinya pelajar ke sekolah bermula hari ini, tugasannya akan dimulakan dengan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Moral.
"Mungkin agak mencabar untuk saya sebab saya perlu menyesuaikan diri dengan perkara baru.
"Insya-Allah, pada hari seterusnya, saya akan cuba menyesuaikan diri.
"Ini adalah hari pertama kerana minggu lepas adalah hari lapor diri.
"Sebenarnya minggu ini adalah minggu orientasi kerana mereka ada program, jadi saya tidak terlalu tertekan.
"Cuma penat kerana saya perlu berada di sekolah seawal pagi.
"Untuk berjaya, saya perlu pandai menguruskan masa," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Walaupun agak sibuk dengan tugasan barunya, Zaidatul Husniah tetap kekal fokus untuk layak ke Sukan SEA Thailand 2025.
Syarat kelayakan kali ini agak sukar, namun melalui larian konsisten, dia yakin mampu untuk membuat kemunculan kali kelima dalam temasya dwitahunan itu.
"Saya perlu memastikan pencapaian terbaik saya dalam setiap kejohanan yang saya sertai kerana catatan masa itu adalah penentu untuk berada dalam kelompok tiga terbaik.
"Untuk layak, saya perlu terus mengikuti perkembangan atlet lain yang membuat catatan masa di luar sana.
"Setakat ini, tiada atlet lain yang berlari, jadi masih belum pasti kerana ada perubahan dalam syarat kelayakan.
"Bagi tahun ini, untuk melayakkan diri, saya perlu berada dalam kelompok tiga terbaik untuk kategori A di ASEAN," katanya lagi.