Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Yu Tian sasar rekod peribadi di Pahang

yu-tian.jpg
Atlet lompat bergalah negara, Chuah Yu Tian, mahu mencapai kembali rekod peribadi terbaiknya 3.80 meter dalam dua kejohanan yang akan datang -- Terbuka Pahang, hujung bulan ini dan Sukan SEA Filipina, November depan.

Ia selepas dia menamatkan saingan dalam Terbuka Thailand di tempat kelima bulan lalu dengan mengekalkan standard ketinggian 3.55 meter.

Selain kecederaan lama di buku lalinya, dia turut dibelenggu kecederaan otot yang serba-sedikit mengganggu persiapannya ketika beraksi dalam Terbuka Thailand. 

Fokusnya kini terarah kepada Terbuka Pahang dan menyasarkan untuk mendapatkan kembali rekod peribadi terbaiknya.

"Saya tidak dapat melakukan rekod peribadi terbaik (dalam Terbuka Thailand) tetapi saya baru pulih daripada kecederaan.

"Ia bukan disebabkan latihan yang terlampau tetapi mungkin ada sesuatu yang tidak kena sehingga mengalami masalah otot," katanya. 

Yu Tian sudah melepasi fasa pertama dalam sesi pemilihan atlet olahraga ke Sukan SEA Filipina sambil berharap dapat melepasi fasa kedua, Ogos depan.

"Saya sudah melepasi fasa pertama dan selepas ini terdapat fasa kedua hingga Ogos.

"Setakat ini, ia kelihatan baik dan sekiranya saya dapat mengekalkan prestasi dan menguatkan kekuatan dan teknik, ia akan menjadi baik sahaja," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video