BERBASIKAL
YSD Track Series: Nurul Izzah Izzati sahut cabaran pelumba muda
Olimpian berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Asri, tidak meletakkan sebarang harapan dalam Kejohanan YSD Track Series 13 dan 14 memandangkan baru pulang daripada Kejohanan Dunia, 29 September lalu.
Dia berasakan kejohanan di Velodrome Nasional Nilai, hujung minggu ini, sebagai pentas untuk atlet muda dan menilai kemampuan sebenar mereka.
"Latihan saya tetap berjalan seperti biasa cuma tidak begitu berat selepas berakhirnya (kempen) Kejohanan Dunia.
Iklan
"Jadi kejohanan ini (kesempatan untuk) saya pelajari teknik. Tetapi saya tidak boleh letak diri di tempat selesa.
"Peserta lain juga buat persediaan dan semakin meningkat. Kami perlu saling memberi saingan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Must-Watch Video