Kejayaan Nur Dhabitah Sabri yang meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2019 di London, semalam, meningkatkan keyakinan rakan sepelatih, Chew Yiwei, untuk muncul penerjun lelaki pertama negara yang merangkul pingat dalam Kejohanan Dunia di Gwangju, Korea Selatan, Julai depan.
Skuad terjun negara berdepan cabaran lebih sukar dalam Kejohanan Dunia 2019 berikutan ketiadaan juara bertahan 10 meter individu platform, Cheong Hun Hoong, yang mendorong cabaran bakal digalas Dhabitah, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee sambil Yiwei mengetuai saingan lelaki negara.
Yiwei meraih gangsa 3m papan anjal individu dalam Sukan Asia Indonesia 2018, namun realitinya penerjun lelaki negara tidak pernah merangkul sebarang pingat dalam Kejohanan Dunia.
"Ramai penerjun negara yang layak ke Kejohanan Dunia, ia tidak pernah berlaku termasuk atlet pelapis.
"Ia satu pencapaian hebat buat mereka.
"Selain itu, saya bangga dengan pencapaian Dhabitah yang memenangi pingat sulung buat negara dalam acara 3m papan anjal individu," kata Yiwei.
Yiwei akan turut beraksi dalam 3m papan anjal seirama bersama Ooi Tze Liang.
Untuk rekod, Malaysia pernah meraih satu emas dan empat gangsa dalam Kejohanan Dunia.
Skuad negara akan berlatih di China selama empat minggu, awal bulan depan, sebelum mencabar Kejohanan Dunia.
"Kami menjalani persiapan agresif dan kami sentiasa berikan yang terbaik.
"Kami memerlukan sokongan daripada peminat Malaysia," katanya lagi.