Pengurus pasukan Yamaha YY Pang, Pang Yoke You, memberi ruang buat pelumbanya, Tengku Amirul Hafiruddin Tengku Hanafi, untuk membuat keputusan bersaing dalam pusingan ketiga perlumbaan Cub Prix di Kemaman, Terengganu pada 5 Mei depan selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Tengku Amirul dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya bersama lima ahli keluarganya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Dungun, pagi tadi.
Meskipun dia hanya mengalami kecederaan ringan, namun keadaan ibu-bapanya masih lagi dilaporkan di tahap kritikal.
Justeru, Yoke You memberi kebebasan buat Tengku Amirul untuk bertenang dan memberi kata putus sama ada akan bersaing dalam pusingan ketiga perlumbaan Cub Prix nanti.
"Saya memberikan ruang buat Tengku Amirul untuk membuat keputusan berlumba di Kemaman nanti, dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk tetapi ahli keluarganya masih memerlukan perhatian," katanya.
Tengku Amirul yang beraksi dalam kelas CP115 kini menghuni kedudukan keempat keseluruhan dengan mengutip 26 mata.
Jika Tengku Amirul tidak dapat bersaing di Kemaman nanti, pasukan Yamaha YY Pang masih boleh mengharapkan dua lagi pelumba, iaitu Mohd Idil Fitri Mahadi dan Mohd Fareez Hafeez.