Lebih 30 legenda sukan diraikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dengan menaiki tren khas dari Stesen Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan, menerusi Program KTMB Dan Atlet Lejen Jupo Ore Tumpat".
Majlis pelancaran dimulakan dengan simbolik pelepasan tren khas oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, di Stesen Kuala Lumpur pada jam 11 malam, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin, dan pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.
"Program ini banyak (menawarkan) kelebihan, program unik sebegini akan mendapat liputan.
"Jadi saya peluang pendedahan yang sangat baik," kata Adam.
"Inilah acara puncak bagi program yang (telah berjalan) sepanjang tahun ini.
"Kami berasakan ramai atlet di Tumpat jadi ini satu langkah menaikkan kesederan wira-wira yang dilupakan," kata Rani.
Tambah Ariffin: "Kami mempunyai program 'learn from the pro', 'giving back to the nation' dan mahu membawa atlet ke arena perdana.
"Di sana (Tumpat) kelak, kami akan adakan beberapa aktiviti seperti perlawanan bola jaring dan bola sepak."
Antara bekas atlet kebangsaan yang turut serta dalam program itu ialah Datuk Malek Noor, Datuk Santokh Singh, Shahrin Majid, Datuk Zaiton Othman, Rosnani Ismail dan Fazdlun Abas.