Skip to main content

Sukan

YAKEB terus santuni kebajikan atlet, wujudkan inisiatif bersama PERKESO

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yakeb.jpg
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) terus komited menyantuni waris bekas atlet negara. 

Pengerusi YAKEB, Datuk Ahmad Shapawi Ismail bersama pasukan (YAKEB Prihatin) turun menziarahi keluarga bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan, Allahyarham Lahat Dadok Sulik, yang meninggal dunia di Madinah, Februari lalu.

Dalam kunjungan penuh penghormatan itu, YAKEB menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada balu Allahyarham, Normadiah Abd Majid dan anak lelaki mereka - sebagai tanda penghargaan atas jasa dan legasi Allahyarham dalam sukan negara.

Turut hadir, bekas pemain bola sepak negara dan sahabat keluarga Allahyarham, Datuk Subadron Aziz bersama isteri, Datin Salwa Abdul Rahman.

Dalam perkembangan lain, YAKEB turut mengumumkan satu program penempatan pekerjaan khas untuk ahli YAKEB dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 

Program ini akan berlangsung pada 19 Julai 2027 di Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Melalui platform MyFutureJobs PERKESO, peserta boleh mendapatkan khidmat nasihat kerjaya, bimbingan temu duga dan akses kepada peluang pekerjaan bersesuaian.

Ahli YAKEB yang berminat digalakkan mendaftar segera dengan menghubungi YAKEB di talian 03-20924844.

Advertisement

Must Watch Video