Skip to main content

Sukan Lain

YAKEB serah menteri soal jawatan pengerusi

noorul-ariffin.jpg
Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin, menyerahkan sepenuhnya kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, sama ada mahu mengekalkannya bagi penggal keempat. 

Selepas mengepalai YAKEB sejak tiga penggal lalu, kontrak Noorul bakal tamat pada 7 Mac depan.

Sungguhpun sudah enam tahun memperjuangkan nasib bekas atlet negara, Noorul mengakui masih ada tugasan yang belum sempurna.

"Terpulang kepada menteri. 

"Kami termasuk ahli lembaga pengarah telah buat yang terbaik kepada YAKEB-- secara tidak langsung kepada bekas atlet," katanya di Nadi Arena sebentae tadi.




Perubahan YAKEB tampak ketara sebaik Noorul mengambil-alih peranan selaku peneraju dan ketika ini akaun yayasan itu sudah mencecah RM3 juta, selain usaha untuk mendapatkan pencen ilat melibatkan bekas atlet negara yang dilihat sebagai antara pencapaiannya. 

"Ketika kami mengambil alih, kami berhutang RM1j.

"Pengganti saya harus (berusaha) lebih baik daripada saya. 

"Kita perlu jaga bekas atlet, saya telah mencurahkan jiwa dan raga," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video