Atlet muay thai ONE Championship, Rifdean Masdor, sah menyertai pasukan Silk Muay Thai, sebuah gim berpangkalan di Pattaya, Thailand dalam meneruskan perjuangan ke tahap tertinggi ONE Championship.
Ia susulan kontroversi hangat berlegar bersama Rifdean yang turun ke ONE Samurai 4 seorang diri dan mengeluarkan kenyataan di laman sosialnya yang dianggap tidak profesional selepas tewas TKO ke atas petarung Jepun, Yoshinari Nadaka.
Nama Silk Muay Thai juga tidak asing lagi apabila ia menjadi tempat pilihan buat beberapa nama besar ONE Championship seperti Detchawalit, Okazaki, Petpattaya, Qəşəm Məmmədov dan juga legenda Muay Thai, Yodlekpet Or Atchariya.
Sebelum ini Rifdean telah pun membuat permohonan maaf di laman Instagram dan kini dalam misi mengembalikan reputasinya sebagai antara petarung Muay Thai terbaik negara.