Pengurus Besar, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Zuhairi Abdul Manaf, bersedia dengan sebarang cara yang memungkinkan Yakeb membantu atlet para negara, Krishna Kumar Haridas, yang sedang mengalami masalah kesihatan.
Kumar masih lagi bergelar atlet Program Podium, namun pihak Yakeb sudah menyatakan kesediaan untuk menghulur bantuan kepada atlet muda ini sekiranya keadaan memaksanya melupakan statusnya sebagai atlet negara.
Dengan pencapaian Kumar menyumbang satu gangsa dalam Sukan Para Asia Incheon 2014, tiga emas dalam temasya Para ASEAN Singapura 2015 selain penampilan dalam Paralimpik, atlet
itu hampir memenuhi syarat utama untuk mendapatkan bantuan Yakeb.
"Kelayakan untuk mendapatkan (bantuan) Yakeb adalah mewakili negara sekurang-kurangnya dalam Sukan SEA," kata Zuhairy.
Kumar ketika ini masih berada di bawah pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Program Podium yang mengurus segala perbelanjaannya melibatkan kos rawatan dan juga perubatan.
Buat masa ini, Kumar masih lagi tersenarai dalam Program Podium untuk tahun 2018.
Dalam tempoh enam bulan, prestasi atlet itu akan dinilai semula danpengguguran bakal dilakukan pihak Program Podium sekiranya tiada peningkatan prestasi atau sebarang keputusan positif dalam mana mana kejohanan.
"Kami tidak menghadapi sebarang masalah jika Kumar telah memutuskan untuk bersara, Yakeb akan memberikan bantuan yang sepatutnya kepadanya."
Penulis Jemputan
Mon Dec 25 2017