Skip to main content

Sukan Lain

YAKEB sedia bantu Anuar

anuar-abu-bakar.jpg
Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majid, menghulurkan bantuan awal sebanyak RM2,500 buat bekas pemain bola sepak negara, Anuar Abu Bakar, yang menghidap kanser hati tahap empat.

Anuar, yang juga jurulatih skuad B-21 UiTM FC, hanya menyedari tentang penyakitnya itu bulan lalu dan memerlukan kos rawatan sekurang-kurangnya RM1 juta.

Menurut Noorul Ariffin, YAKEB bersedia untuk membantu Anuar sebagai balasan terhadap jasa yang pernah dicurahkannya buat sukan bola sepak negara.

YAKEB juga akan membantu mempercepatkan proses rawatan Anuar di Institut Kanser Negara yang sepatutnya dijadualkan pada 2 Mei ini.

"Kami akan mencuba untuk mendapatkan bantuan daripada luar sana bagi membantu dia melunaskan pembayaran tersebut.

"Kami sememangnya mempunyai dana yang terbatas, namun kami akan mencuba untuk mendapatkan bantuan daripada luar," katanya.

Dalam pada itu, Anuar meluahkan perasaan terharunya dan berterima kasih kepada YAKEB di atas kesudian mereka membantunya.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak YAKEB yang sanggup datang menjenguk saya.

"Saya terharu dengan apa yang berlaku dan berharap pihak YAKEB dapat membantu saya dengan seberapa yang boleh," katanya.

Advertisement

Must Watch Video