Skip to main content

Sukan

Yakeb perluas jaringan program bantuan buat bekas atlet kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yaked.jpg
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UITM) meneruskan komitmen untuk memperluaskan jaringan menerusi program bantuan keprihatinan yang dilaksanakan khusus bagi membantu bekas atlet kebangsaan yang memerlukan.

Menerusi inisiatif terkini, kedua-dua pihak dalam proses menganjurkan program intervensi yang melibatkan bantuan kewangan, rawatan kesihatan, sokongan mental serta latihan kemahiran semula bagi membantu bekas atlet menyesuaikan diri dengan kehidupan pascakarier sukan. 

Dalam siri terbaru program tersebut menyaksikan terdapat selingan sesi 'meet and greet' bersama lagenda sukan negara antaranya Datuk K.Rajagopal, Datuk Paduka Mumtaz Begum, Datuk Malek Noor dan olimpian iaitu Goh Liu Ying.

Sesi itu bukan sahaja menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, malah turut mengeratkan hubungan antara generasi lama dan baharu dalam komuniti sukan.

"Kita bagi pihak Yakeb, penghargaan seperti ini memberikan ransangan kepada kita bahawa bekas atlet ini tidak dilupakan, ia memainkan peranan untuk memastikan bekas atlet mempunyai kelangsungan kehidupan yang lebih baik.

Antara program yang kita telah aturkan adalah seperti khusus sains sukan Bersama ISN untuk memberikan peluang untuk mengasah bakat mereka dalam bidang kejurulatihan untuk menyumbang kembali." katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video