Skip to main content

Sukan Lain

YAKEB jamin bantu tanggung kos rawatan Hidayat

hidayat-yakeb.jpg
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) memberikan jaminan untuk menanggung kos rawatan bekas angkat berat negara, Muhammad Hidayat Hamidon, yang mengalami masalah jantung.

Hidayat, 46 tahun pulang ke kediaman di Segambut, Kuala Lumpur selepas enam hari menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Juara Sukan Komanwel 1998 itu perlu meneruskan rawatan secara pesakit luar yang memerlukan kos ribuan ringgit terutama untuk membeli ubat-ubatan.

"Kami akan membantu sebaik mungkin. Jika dia diperlukan untuk memasuki Institut Jantung Negara, kami akan tetap membantu," kata Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abd Majeed.

Advertisement

Must Watch Video