Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), menyempurnakan tanggungjawab menerusi majlis serahan cek khairat kematian kepada isteri Allahyarham Khalid Ali, Siti Norkhanah Mohammed Yatim.

YAKEB sudah berbelanja hampir setengah juta ringgit yang dicurahkan terhadap setiap ahli membabitkan pelbagai keperluan bekas atlet, sumbangan bulanan dan juga bantuan kos hospital.

Biarpun kos perbelanjaan semakin meningkat, namun, ia tidak mampu memadam semangat juang kepimpinan tertinggi YAKEB untuk terus menziarah dan melaksanakan amanah menjaga bekas atlet.

"Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada YAKEB yang memberikan sumbangan serta sokongan moral.

"Jasa Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed akan dikenang sepanjang hidup saya," katanya.