Skip to main content

Gusti

WWE dan Facebook bekerjasama terbitkan Kejohanan Regu Campuran

mmc.jpg
World Wrestling Entertainment Inc. (WWE) mengorak selangkah lagi dalam memberikan hiburan terbaik apabila mengumumkan kerjasama bersama Facebook Watch bagi menyiarkan siri Kejohanan Regu Campuran atau Mixed Match Challenge (MMC) yang akan mula bersiaran secara langsung melalui Facebook bermula pada 17 Januari 2018.

Acara yang akan ke udara jam 10 pagi (waktu tempatan) ini akan menampilkan 12 episod dengan menampilkan bintang-bintang dari Raw dan Samckdown bagi merebut wang tunai bernilai US$100,000 yang akan didermakan ke badan kebajikan terpilih.

Menariknya, setiap episod akan memaparkan elemen interaktif dengan WWE Universe boleh berinteraksi terus dengan bintang WWE sepanjang siaran. Para peminat juga berpeluang untuk memilih perlawanan serta format yang dikehendaki melalui ruang yang disediakan Facebook.
 

“Dalam usaha kami untuk meneruskan gandingan strategik dengan Facebook, siri baharu MMC ini akan memaparkan pendekatan inovatif dari segi pengedaran kandungan serta hubungan yang lebih dekat dengan peminat.

Rancangan ini akan menyajikan aksi berterusan dan menimbulkan keterujaan untuk peminat setia kami dengan memberikan elemen produksi dan sosial yang hanya Facebook mampu tampilkan,” demikian ujar Michelle Wilson, Ketua Pegawai Pemasaran dan Perolehan WWE.

Bagi Dan Reed yang merupakan Ketua Divisyen Sukan Global Facebook, WWE adalah rakan sekutu paling ideal untuk memberikan pengalaman menonton acara sukan secara langsung melalui Facebook Watch berikutan pengalaman syarikat gergasi gusti profesional itu sebagai peneraju onovasi hiburan era ini.

“Peminat boleh terlibat secara langsung dan mempengaruhi segala jalan cerita dan aksi dalam gelanggang, mengikuti drama belakang pentas dan sebagainya. Kami di Facebook amat teruja untuk bersama-sama menyaksikan bintang-bintang besar Raw dan Smackdown beraksi yang berbeza berbanding apa yang sering kita saksikan sebelum ini,” tambahnya lagi.

Jenama Raw akan diwakili oleh Alexa Bliss, Alicia Fox, Asuka, Bayley, Braun Strowman, Enzo Amore, Finn Balor, Goldust, Nia Jax, Sasha Banks, The Miz dan seorang lagi bintang yang akan ditentukan hasil undian peminat.

Manakala Smackdown Live pula akan mempertaruhkan bintang seperti Becky Lynch, Bobby Roode, Carmella, Charlotte Flair, Jimmy Uso, Lana, Naomi, Natalya, Rusev, Sami Zayn, Shinsuke Nakamura, dan salah seorang anggota New Day (Big E/ Kofi Kingston/ Xaview Woods) yang juga akan ditentukan melalui undian peminat kelak.

Berikut merupakan antara reaksi para bintang WWE tentang kejohanan ini:
 
 
MMC akan disiarkan di arena yang sama dengan acara Smackdown Live setiap minggu dan bakal mempunyai tema khas sepertimana acara 205 Live. Ia juga akan menampilkan rakaman dan grafik yang lebih jelas dengan turut dipaparkan dalam format video 360 darjah.

Susulan penerbitan kejohanan MMC ini, acara 205 Live yang sebelum ini dipancarkan terus sebaik sahaja Smackdown Live tamat bersiaran, akan diganjakkan setengah jam iaitu pada jam 10.30 pagi setiap minggu di WWE Network.

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Clash Of Champions secara langsung pada Isnin, 18 Disember ini dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.

Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
 

Advertisement

Must Watch Video