Atlet wusyu negara, Wong Weng Son, mendapat pengalaman berharga apabila gelaran juara dunia tidak menjamin kejayaan di pentas Asia, hari ini.
Dia, yang bergelar juara dunia acara jianshu tahun lalu, mempamerkan aksi kemas dalam changquan, namun melakukan kesilapan kecil yang dikesan juri.
Justeru, Weng Son terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tangga kesembilan dengan 9.59 mata.
"Tiada apa yang perlu dikesalkan, saya tetap bersemangat untuk beraksi.
"Selepas kesilapan pertama yang dilakukan, para juri tampak lebih serius (dalam membuat penilaian).
"Ia merupakan kesilapan penting. Saya juga mengulangi beberapa kesilapan kecil seperti yang dilakukan semasa berlatih. Justeru, juri berhak menolak markah saya.
"Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan pencapaian ini kerana mempamerkan semangat seperti dalam Sukan SEA 2017.
"Saya akan mengalihkan tumpuan kepada Kejohanan Dunia di China pula bulan depan.
"Saya akan menyertai dua kategori dan bertekad untuk lebih gigih lagi dalam penampilan itu," ujar Weng Son.
Seorang lagi wakil negara, Yeap Wai Kin, selaku juara Sukan SEA 2017 mempamerkan aksi lebih kemas, namun sekadar meraih tangga kelapan dengan kelebihan 0.04 mata di depan Weng Son.
"Persembahan saya semuanya dalam kawalan.
"Saya dapat menjelmakan gerakan seperti dalam latihan," kata Wai Kin.