SUKAN ASIA 2018
Wusyu: Jack Chang mahu akhiri karier dengan emas
Atlet wusyu negara, Loh Jack Chang, mahu mengakhiri penampilannya dalam Sukan Asia Indonesia dengan pingat emas pertamanya selepas keadaan fizikal dalam dua edisi lalu tidak memihak kepadanya.
Ia susulan kecederaan yang dialaminya ketika temasya Guangzhou 2010 dan Incheon 2014. Justeru, Jack Chang kini memiliki peluang terakhir untuk menyumbang emas buat negara dalam Sukan Asia.
Apa tidaknya, temasya kali ini bakal menjadi medan terakhirnya sebelum bersara pada penghujung bulan depan sebaik selesai Kejohanan Wusyu Dunia di Belgium.
Iklan
Bagi Jack Chang, dia kini berada dalam keadaan yang cukup sempurna untuk meniti kegemilangan dalam temasya Jakarta-Palembang 2018.
"Kami memberi fokus bagaimana untuk beraksi dengan lebih baik.
"Itulah yang dilakukan keseluruhan skuad, terutama bagi saya yang mempunyai pengalaman luas.
"Kami ingin mempamerkan aksi terbaik," katanya.
Menerusi kombinasi acara taijiquan dan taijijian, Jack Chang yakin kelebihan mampu memihak kepada Malaysia meskipun menjangkakan saingan kuat daripada peserta China.
"Sebenarnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan.
"Kami hanya perlu fokus untuk memukau para juri bagi meraih mata tertinggi," ujarnya lagi.
Must-Watch Video