Skip to main content

Sukan Asia

Wusyu: Cheong Min intai hadiah hari jadi paling bermakna

tan-cheong-min-wusyu-2.jpg
Atlet wusyu wanita negara, Tan Cheong Min, memburu hadiah bermakna sempena ulang tahunnya yang ke-20 esok. 

Dia kini menghuni ranking kedua acara nanquan Sukan Asia Indonesia dengan memungut 9.71 mata untuk dipisahkan 0.04 mata dengan wakil China, Tang Lu, di Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta hari ini sementara akan melengkapkan saingan itu dalam acara nandao, esok. 

"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan hari ini dan ia melonjakkan keyakinan saya untuk menghadapi saingan esok. 

"Saya berharap untuk memenangi pingat untuk diri sendiri dan Malaysia. 

"Memandangkan ini penyertaan pertama dalam Sukan Asia, saya tidak kisah pingat apa-apa pun," katanya. 

Cheong Min menjadi taruhan besar negara untuk mengulangi pencapaian pingat emas bekas jaguh negara, Tai Cheau Xuen, di Incheon, Korea Selatan, empat tahun lalu sebelum pingat itu ditarik balik ekoran kes doping.

"Saya ingin berterima kasih kepadanya (Cheau Xuen) kerana banyak mengajar saya bermacam-macam kemahiran semasa dia berada di dalam kem kebangsaan. 

"Saya berharap dapat buat yang terbaik sahaja esok dan berharap dapat bonus untuk saya dan Malaysia," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video